Thursday, August 4, 2011

kueh lompat tikam

i memang suka mengidam la kn~ sehingga menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati kepada adik saya...gagaga ~ dengan ucapan ada aku kesah?

jadi sempena bulan puasa yang mulia ini, saya mengidam nak makan:

KUEH LOMPAT TIKAM lalu terkena adik saya pun gagagaga



bulan puasa ni biasanya ada jual tetapi agak malas pulak nak cari
ada la seseorang mencadangkan saya masak sendiri 
bila mintak resepi tak tahu pulak - aduiiiii
lalu saya pun menggoogle resepi lompat tikam

Bahan-bahan:-

Untuk sira :
1) 1 cawan gula merah
2) 1 cawan gula
3) 2 cawan air
4) 1 helai daun pandan (disiatsiat)

Untuk lapisan hijau :
1 cawan tepung beras
1) 1 sudu makan tepung jagung
2) 3 cawan santan cair
3) ½ cawan jus pandan
4) Sedikit pewarna hijau
5) 1 sudu teh air kapur
6) ½ sudu teh garam

Untuk lapisan putih :
1) 1 ½ cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 4 cawan santan pekat
4) 1 sudu teh garam

Cara :

Untuk sira :
1) Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih.
2) Tapis dan ketepikan.

Untuk lapisan hijau :
1) Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar.
2) Gaulkan sebati semua bahan dan tapis.
3) Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4) Cakarkan sikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.

Untuk lapisan putih :
1) Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2) Masukkan adunan ke atas lapisn hijau yang telh mask tadi dan kukus selama 15 minit.
3) Sejukkan dan potong. Hidang bersama sira.

senang je TAPI LAMBAT
...
T_T

sumber resepi di sini 

No comments:

Post a Comment

leave me a message here =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...