Thursday, August 4, 2011

arrange marriage for me...?

okey, saya pernah berkata bahawa mungkin suatu hari nanti saya mahu serahkan perihal jodoh kepada emak saya yang amat saya sayangi..tetapi saya tidak pernah menyatakan hasrat tersebut secara serius..namun, saya menyedari emak saya cuba meng"kenen"kan saya dengan seorang jejaka yang tidak kurang hensemnya..saya mula berasa gelisah..

huk3 - memang macam nak batuk-batuk kecil sekarang.

al-kisahnya bermula apabila emak saya berjumpa dengan kawan beliau lalu secara tidak langsung memberitahu bahawa saya sedang mencari jodoh..dengan tidak semena-mena, Hj tersebut (kawan mak saya) berkata "Jikalau lah saya ada anak lelaki, pasti saya jodohkan dia dengan kamu"...alamak aiiii...saya pun tersipu malu...dengan tidak disangka-sangka Hj tersebut berkata kepada salah seorang anak buah beliau,

" Lan, yang ni Leftenan Dya navy, single lagi tu"

Lan pun cuma mampu tersengih..

***
Tiba-tiba pada suatu hari, emak bertanya.

"Nak ke kt Lan tu? Mak arrangekn!" sambil membuat muka gembira yang senyum sampai ke telinga..

Saya: Errr...

Mak: Dia pandai masak..ala, mak da cakap da kat dia...dia senyum je..macam setuju la kan...

Saya: Errrk..

****

bersambung.....






No comments:

Post a Comment

leave me a message here =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...