Thursday, July 12, 2012

Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku

saya memakai hijab.

hampir setiap hari saya memakai hijab.

saya meninggalkan solat. 

hampir setiap hari ada solat yang saya tinggalkan. 

saya bertanya kepada diri saya sendiri, 

"aku bersolat kerana apa ?"

"aku bersolat kerana siapa ?"

kadang kala saya rasa saya tahu. 

kebanyakkan masa saya tidak tahu. 

benarlah kata orang kira hanya ingat Tuhan apabila susah. dan benarlah kata orang kita ditimpa ujian kerana Allah mahu kita kembali taat kepadaNya. kadang-kala kita rasa seperti kenapalah aku tak boleh nak senang sikit ? hakikatnya bila dah senang, kita senang lupa padaNya. 

Ya Allah, benarlah cinta hakiki itu milikMu. tiada cinta selain dariMu.




No comments:

Post a Comment

leave me a message here =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...