Tuesday, September 6, 2011

APA YANG SAYA NAK?

fakta membuktikan lebih ramai orang yang tahu apa yang mereka tidak mahu
tetapi
tidak tahu apa yang mereka mahu

jika disuruh menulis apa yang mereka TIDAK MAHU, 
wahhh paper A4 satu rim pun boleh habis
namun 
jika disuruh tulis apa yang mereka MAHU, 
mereka akan mengambil masa untuk berfikir


hal ini kerana, 
semakin kita dewasa, kita semakin takut untuk mencapai apa yang kita mahu
menyedari ada halangan-halangan yang perlu kita lalui 
jadi
kita biasanya membataskan apa yang kita mahu supaya 
kita tidak bersedih tidak dapat apa yang kita mahukan itu

.....

bagi sesiapa yang tengah bercouple biasanya lebih faham akan konsep ni..terutama kalau tengah gaduh..pasangan kita selalu tanya "awak nak apa sebenarnya" dan kita pun tak tahu nak jawab apa..tapi kalau dia tanya "awak tak nak apa?" wahhh...macam peluru berpandu je jawapan kita kat dia kn3?

.....

ingat lagi masa dulu-dulu kalau orang tanya nak jadi apa? cepat je jawab nak jadi Ultraman...haaaa amik kau..nak jadi ultraman tau....sweet kan time tu? kita rasa kita boleh jadi apa je yang kita mahu

......


No comments:

Post a Comment

leave me a message here =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...